Isnin, 25 Disember 2017

GULA ADALAH PENYEBAB JANTUNG TERSUMBAT DAN STROK

Hari ni nak bercerita sedikit tetang bahaya gula yang kini adalah penyebab berlakuknya berbagai penyakit yang kian hari bertambah dan menjadi antara punca no 1 di Malaysia malahan juga di dunia. Daripada hasil pembacn saya ketika ini saya kongsikan bersama disini

Pada tahun 2011, penghasilan gula dunia ialah 168 juta tan setahun.

Secara purata setiap manusia menggunakan 24 kilogram gula setahun iaitu 2 kilogram gula sebulan. Di Malaysia, penggunaan gula adalah sehingga 27 sudu sehari menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada tahun 2006. Sekarang ini, anggaran jumlah pengambilan gula adalah melebihi 40 sudu sehari secara purata.




Bagaimana gula merosakkan badan?

Gula yang diambil akan memasuki aliran darah dan kemudiannya menyebabkan pankreas melepaskan insulin (diperlukan untuk mengubah gula menjadi tenaga). Apabila gula diambil banyak maka lebih banyak insulin dikeluarkan, sekali gus menyebabkan kita mengalami kejutan tenaga yang tinggi.

Apabila insulin tinggi dilepaskan, kadar gula darah mulai berkurangan dengan mendadak sehingga timbul tanda-tanda kekurangan gula seperti keletihan, kurang tumpuan dan pening sejurus mengambil makanan manis.

Selain mengubah gula menjadi tenaga, insulin juga merangsang penyimpanan lemak. Lebih banyak insulin dihasilkan, lebih banyak lemak terkumpul menyebabkan obesiti dan kerosakan gigi, gula juga dikaitkan dengan masalah kesihatan serius seperti kerosakan fungsi hati, penurunan sistem imuniti badan dan diabetes.

Gula putih terdiri daripada sukrosa iaitu gabungan glukosa dan fruktosa. Fruktosa menyebabkan toksiditi meningkat lebih tinggi. Walaupun dengan jumlah kecil kalori, kesan negatif lebih kelihatan. Selain penghasilan lemak yang tinggi, ia juga menyebabkan penurunan enzim badan iaitu nitric oksida.Gula juga menjurus kepada perkembangan ‘sindrom metabolik’ (penyakit metabolik kronik) yang meningkatkan risiko menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan jantung.

Menurut kajian saintifik, gula pasir dikaitkan dengan 60 jenis penyakit kronik seperti kencing manis, kegemukan, darah tinggi, masalah kolesterol, sakit jantung, strok, masalah buah pinggang, osteoporosis dan pelbagai lagi.Di antara perkara yang tidak kita sedari merupakan gula tersembunyi yang banyak terdapat di dalam makanan.

2 ulasan:

  1. Menjaga pemakanan adalah penting dan mengelakan daripada berbagai penyakit yang tidak disangka. Produk yang telah lama berada dipasaran iaitu semenjak 1978 lagi dan telahpun berada di 160 buah negara.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...